Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • POCEM Bahasa Iban perkasa pelajar SPM, semarak warisan budaya
  • PENDIDIKAN

POCEM Bahasa Iban perkasa pelajar SPM, semarak warisan budaya

Utusan Sarawak 4 days ago
PUPUK KECEMERLANGAN… Johnady Janton (lima dari kiri), Wong Siew Ling (empat dari kiri), Kennedy Wong (lima dari kanan) serta barisan Exco SDNU Sibu merakamkan kenangan bersama pelajar yang terlibat dalam POCEM Bahasa Iban di SMK Sungai Merah, Sabtu lalu.

SIBU: Program Cemerlang Akademik (POCEM) Bahasa Iban anjuran Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu berjaya menghimpunkan 120 pelajar dari lapan sekolah menengah di sekitar daerah ini, dalam usaha memperkukuh penguasaan subjek Bahasa Iban bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program edisi keempat yang berlangsung di SMK Sungai Merah, Sabtu lalu itu turut mendapat kerjasama Resource Pool Bahasa Iban dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu.

Dua penceramah berpengalaman, Matius Mangai Entu dan Jit Kayan, dijemput menyampaikan ceramah dan bengkel interaktif, yang memfokuskan teknik menjawab kertas peperiksaan secara berkesan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi SDNU Sibu, Johnady Janton, yang mewakili Pengerusi SDNU Sibu, Chambai Lindong.

Dalam ucapannya, Johnady menyatakan keyakinan bahawa inisiatif pendidikan seperti ini dapat melahirkan pelajar cemerlang yang bukan sahaja hebat secara akademik, tetapi juga berbangga dengan bahasa dan budaya Iban.

“Kejayaan mereka bukan sekadar mengharumkan nama sekolah, tetapi turut menyumbang kepada kecemerlangan komuniti serta Sarawak,” katanya.

Sementara itu, wakil Resource Pool Bahasa Iban PPD Sibu, Kennedy Wong, menegaskan bahawa kerjasama antara NGO dan institusi pendidikan adalah penting bagi memastikan Bahasa Iban terus diberi tempat dalam sistem pendidikan arus perdana.

Pengetua SMK Sungai Merah, Wong Siew Ling, pula memuji usaha SDNU Sibu dan PPD Sibu dalam memartabatkan Bahasa Iban sebagai sebahagian daripada warisan yang perlu dipelihara oleh generasi muda.

“Peningkatan penguasaan Bahasa Iban bukan sahaja membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam SPM, tetapi juga memastikan bahasa ini terus hidup dan diwarisi,” ujarnya.

Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen bersama pelbagai pihak dalam memperkukuh pendidikan serta memperkasa identiti dan jati diri pelajar di Bumi Kenyalang.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka galak anak muda manfaatkan inisiatif pendidikan negeri
Next: Kekurangan fasiliti sukan sekolah luar bandar dapat perhatian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.