Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • PMU perkasa komuniti melalui Program Penjagaan Kejuruteraan Awam di Mukah
  • PENDIDIKAN

PMU perkasa komuniti melalui Program Penjagaan Kejuruteraan Awam di Mukah

Utusan Sarawak 5 hours ago
RAKAM kenangan pelajar Politeknik Mukah bersama warga MAQUM selepas selesai Program Penjagaan Kejuruteraan Awam di Mukah. Foto PMU

MUKAH: Usaha Politeknik Mukah (PMU) dalam memperkasa komuniti melalui pemindahan ilmu terus diperkukuh menerusi pelaksanaan Program Penjagaan Kejuruteraan Awam (CEC) di Madrasah al-Quran Mukah (MAQUM), Kampung Judan Ulu, baru-baru ini.

Program berteraskan tanggungjawab sosial korporat itu menyaksikan penglibatan aktif sukarelawan daripada Jabatan Kejuruteraan Awam PMU yang menjalankan kerja pemasangan serta baik pulih sistem hidroponik sedia ada di kawasan madrasah. 

Inisiatif tersebut bertujuan memperkenalkan kaedah pertanian moden yang lebih efisien dan lestari sekali gus menyokong usaha komuniti mengamalkan gaya hidup hijau.

PELAJAR Politeknik Mukah melaksanakan kerja pemasangan dan baik pulih sistem hidroponik di Madrasah al-Quran Mukah dalam Program Penjagaan Kejuruteraan Awam. Foto PMU

Selain kerja teknikal, pelajar PMU turut berkongsi pengetahuan berkaitan pengoperasian dan penyelenggaraan sistem hidroponik kepada warga MAQUM. 

Pendekatan pembelajaran secara praktikal ini memberi peluang kepada pelajar madrasah memahami konsep asas hidroponik serta kepentingannya dalam pengeluaran makanan secara mampan.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Canarisa Nipi Ah Lian berkata, program seumpama itu mampu memberi impak dua hala yang signifikan kepada kedua-dua pihak.

“Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kemudahan di madrasah, malah menjadi platform kepada pelajar kami untuk mengaplikasikan kemahiran teknikal serta memupuk nilai kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial,” katanya dalam satu kenyataan.

ANTARA aktiviti pemasangan sistem hidroponik yang dijalankan oleh sukarelawan Jabatan Kejuruteraan Awam PMU. Foto PMU

Seorang pelajar PMU yang terlibat menyatakan pengalaman tersebut membuka ruang pembelajaran yang lebih luas kerana dapat melihat sendiri bagaimana ilmu yang dipelajari dimanfaatkan oleh komuniti.

Sementara itu, pelajar MAQUM turut melahirkan rasa teruja dengan pendedahan yang diterima serta menyifatkan ilmu berkaitan hidroponik sebagai berguna untuk masa depan.

Secara keseluruhannya, program tersebut berlangsung dengan lancar hasil kerjasama erat antara PMU dan MAQUM sekali gus membuktikan bahawa sinergi antara institusi pendidikan dan komuniti setempat mampu menyumbang kepada pembangunan pertanian lestari serta kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pelajar PMU pacu perubahan komuniti melalui Green Heart CSR 4.0
Next: Program P204 Pameran Pendidikan Betong 2026 dedah laluan pendidikan tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.