Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PMU perkasa kemudahan SK Kampung Petanak melalui program CSR JKM
  • Tengah
  • WILAYAH

PMU perkasa kemudahan SK Kampung Petanak melalui program CSR JKM

Utusan Sarawak 7 hours ago
PELAJAR dan pensyarah Politeknik Mukah melaksanakan kerja pembaikan kemudahan asas di Sekolah Kebangsaan Kampung Petanak sepanjang program CSR JKM. Foto PMU

MUKAH: Penglibatan aktif Politeknik Mukah (PMU) menerusi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dalam program tanggungjawab sosial korporat berjaya memberi impak positif terhadap kemudahan serta persekitaran pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Petanak, baru-baru ini.

Program yang bermula seawal 9.00 pagi itu menyaksikan penyertaan seramai 30 pelajar JKM bersama pensyarah, guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berganding bahu melaksanakan kerja penambahbaikan infrastruktur sekolah.

Usaha tersebut melibatkan pembaikan kemudahan asas selain menceriakan kawasan persekitaran sekolah.

PELAJAR Politeknik Mukah berganding bahu bersama guru dan wakil PIBG menceriakan persekitaran sekolah dalam program CSR di Kampung Petanak. Foto PMU

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Len Annuar Rigos berkata, program tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada pihak sekolah, malah menjadi platform pembelajaran praktikal kepada pelajar

“Melalui program CSR seperti ini, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran teknikal mereka di lapangan sebenar di samping memupuk nilai tanggungjawab sosial dan kerja berpasukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang pelajar yang terlibat turut berkongsi pengalaman sepanjang program berlangsung dengan menyifatkan penglibatan tersebut sebagai peluang untuk menyumbang kepada komuniti serta memahami keperluan sebenar masyarakat.

Sementara itu, seorang guru sekolah berkenaan menyifatkan inisiatif tersebut sebagai usaha yang amat dihargai kerana berjaya menambah baik persekitaran pembelajaran murid.

RAKAM kenangan pelajar Politeknik Mukah bersama warga sekolah selepas selesai menjayakan program CSR JKM di Kampung Petanak. Foto PMU

“Kami sangat berterima kasih atas bantuan yang diberikan. Persekitaran sekolah kini lebih selesa dan kondusif untuk pembelajaran murid,” ujarnya.

Secara keseluruhannya, program tersebut membuktikan sinergi antara institusi pendidikan dan komuniti mampu membawa perubahan signifikan sekali gus memperkukuh peranan PMU dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat.

Continue Reading

Previous: MPS tawar lesen anjing percuma 2026, tingkat keselamatan awam
Next: Penduduk terjejas bencana di Limbang diminta salur maklumat kepada JPBD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.