
BINTANGOR: Pelaksanaan Program Mesra Rakyat (PMR) 2025 di sekitar Bintangor mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh jaringan kemudahan asas luar bandar.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata pelaksanaan projek tersebut memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur asas yang memudahkan pergerakan penduduk dan meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.
“Pelaksanaan projek ini diharap dapat memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk setempat dan menyokong pembangunan kawasan luar bandar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya yang juga yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok antara projek yang dilaksanakan ialah kerja menaik taraf dan pembinaan jalan konkrit di Lot 198, Jalan Ulu Meradong–Bakong, penambahbaikan dan pembinaan laluan pejalan kaki di Kampung Darul Falah, Sungai Gemuan.
Selain itu, satu lagi projek turut melibatkan kerja menaik taraf dan pembinaan jalan konkrit di Jalan Hashim, Kampung Darul Falah di Sungai Gemuan yang dijangka meningkatkan tahap keselamatan serta keselesaan penduduk setempat.
Hadir bagi mewakili Tiong Sii untuk menyaksikan sesi pengesahan siap projek ialah Wong Soon Mee pada semalam.
Turut hadir Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei, Ismawadi Iman.
Oleh Earl Anek