Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PMR 2025 bukti komitmen perkasa infrastruktur luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

PMR 2025 bukti komitmen perkasa infrastruktur luar bandar

Utusan Sarawak 9 hours ago
UNTUK ALBUM…. Kapitan Ling Dien Yong (tiga kanan) selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama yang lain semasa tinjauan ke tapak projek. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sarikei 

SARIKEI: Pelaksanaan Projek Mesra Rakyat (PMR) 2025 menjadi manifestasi usaha berterusan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii dalam memperkukuh jaringan jalan kampung dan prasarana luar bandar.

“Projek di bawah PMR 2025 ini merupakan bukti komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat luar bandar tidak terpinggir daripada arus pembangunan. 

“Usaha menaik taraf infrastruktur asas luar bandar bukan sahaja meningkatkan akses pengangkutan dan keselamatan, malah memberi kesan langsung terhadap pertumbuhan sosioekonomi penduduk setempat.

“Apabila kemudahan asas seperti jalan kampung dan ruang komuniti dipertingkatkan, ia memudahkan pergerakan, memajukan hasil pertanian, serta membuka peluang perniagaan kecil kepada penduduk luar bandar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan berfasa bagi memastikan setiap kawasan luar bandar menikmati kemudahan yang lebih baik dan berkualiti.

“Kita mahu setiap projek yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga kesejahteraan hidup mereka,” ujarnya. 

Beliau diwakili oleh Kapitan Ling Dien Yong semasa tinjauan tapak bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei. 

Tinjauan tersebut melibatkan beberapa lokasi di bawah Parlimen Sarikei termasuk kerja-kerja menyimen halaman rumah panjang di Rumah William Gerang Rimba, menaik taraf jalan konkrit di Jalan Sungai Tapang Bayong, Rumah Rampoo Paing di Ulu Sungai Paoh, Rumah Rabeling Gendun di Jalan Ulu Minus, Jalan Untung, Kampung Sare dan Rumah Genturung, selain menaik taraf tapak rumah panjang di Rumah Garai Merudu serta tapak tempat letak kereta di Rumah Adeline Ligi, Sungai Sentebu.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis Sarawak utamakan usaha banteras jenayah dadah
Next: Peryatim Sibu anjur program bersama komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.