Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PML sokong penuh usaha pembangunan Premier Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

PML sokong penuh usaha pembangunan Premier Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
SOKONG PREMIER SARAWAK… Mohamad Abu Bakar (empat, kanan) bergambar bersama ahli jawatankuasa serta penerima Anugerah Pelajar Cemerlang dan Sumbangan Khairat Kematian anjuran PML.

LIMBANG: Persatuan Melayu Limbang (PML) menyatakan sokongan penuh terhadap usaha pembangunan menyeluruh Sarawak di bawah kepimpinan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, khususnya dalam memajukan kawasan utara negeri.

Pengerusi PML, Mohamad Abu Bakar, berkata kawasan Limbang tidak pernah dipinggirkan, malah turut menerima manfaat pembangunan, terutamanya dalam sektor pertanian menerusi projek Jelapang Padi.

“Usaha ini amat kita sokong sejak dahulu. Banyak kawasan di Limbang berpotensi dibangunkan sebagai jelapang padi, sejajar dengan usaha kerajaan Sarawak meningkatkan keterjaminan makanan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Sumbangan Khairat Kematian anjuran PML di Pusat Komuniti PML, hari ini.

Menurut Mohamad, projek jelapang padi mampu memberi impak besar dalam memperkasakan ekonomi komuniti Melayu luar bandar dan seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk tempatan.

Sehubungan itu, beliau menyeru komuniti Melayu agar merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan, termasuk melibatkan diri dalam sektor penternakan, agrikultur dan agro-pelancongan.

Tambahnya, PML akan terus komited memperjuangkan kebajikan, hala tuju dan masa depan kaum Melayu di utara Sarawak, sejajar dengan matlamat penubuhannya sejak lebih tujuh dekad lalu.

“PML telah berdiri teguh sejak ditubuhkan pada 13 Januari 1947.

“Kini, dengan keahlian seramai 1,300 orang, PML terus aktif melahirkan pemimpin dan cendekiawan serta mengangkat martabat sosioekonomi, pendidikan, keusahawanan dan kebajikan masyarakat Melayu di Limbang,” jelasnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Qari, Qariah dari Asajaya ungguli Tilawah Al-Quran Bahagian Samarahan 2025
Next: Ibu bapa desak pembinaan sekolah baharu SMK Lawas dipercepatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.