Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • NASIONAL

PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian

Utusan Sarawak 20 hours ago
TANGKAP layar video ucapan Hari Easter dari Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Easter kepada seluruh penganut Kristian.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata perayaan Easter membawa makna kebangkitan yang menjadi seruan untuk memperbaharui jiwa dan nurani.

“Justeru, dalam mendepani pelbagai tantangan semasa, perayaan suci penganut Kristian ini mengingatkan bahawa nilai kemanusiaan tidak harus terhakis dengan perbezaan.

“Malah, nilai kemanusiaan mesti terus dipupuk sebagai asas peradaban yakni dengan menyantuni, merangkul dan memanusiakan antara satu dengan yang lain,” kata beliau

Perdana Menteri turut berharap perayaan itu menjadi wahana yang menyemarak harapan, memperhalus budi, menyebar kasih sayang dan memperkukuh iltizam serta tekad dalam membina masyarakat yang kuat ihsannya, teguh jati dirinya, adil dan berjiwa besar.- Bernama

Continue Reading

Previous: KPM, IPG bantu bawa pulang jenazah pelajar IPG lemas ke Sarawak
Next: Dua penuntut IPG lemas: Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak – APMM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.