Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PM Thailand Srettha minta bantuan Malaysia jamin pembebasan rakyatnya
  • GLOBAL

PM Thailand Srettha minta bantuan Malaysia jamin pembebasan rakyatnya

Utusan Sarawak 2 years ago
PERDANA Menteri Thailand Srettha Thavisin melintasi barisan kawalan kehormat statik oleh 28 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Raja Azri Syahir Raja Mohd Zulkifli di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira 9.00 pagi sebelum menaiki pesawat khas. FotoBERNAMA

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah meminta bantuan daripada rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan pembebasan rakyat Thailand yang didakwa dijadikan tebusan oleh Hamas semasa pertempuran Palestin-Israel.

Jurucakap kerajaan, Chai Watcharong berkata Srettha yang dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia mulai semalam membangkitkan isu warganegaranya yang diculik ketika bertemu dengan Anwar di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

“Oleh itu, beliau meminta bantuan daripada Malaysia kerana hubungan baik mereka dengan pihak Palestin.

“Perdana menteri (Srettha) bimbang mengenai keselamatan tebusan warganegara Thailand. Ia adalah isu keselamatan yang sensitif. Kami tidak akan mendedahkan butirannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Kementerian Luar Thailand mendakwa seramai 14 warganya telah dijadikan tebusan sejak 7 Okt. Kira-kira 20 warga Thailand juga dikhuatiri terbunuh dalam pertempuran itu.

Thailand juga meminta bantuan Arab Saudi, Mesir, Jordan, dan Qatar untuk memudahkan rundingan bagi pembebasan mereka.

Media tempatan melaporkan Menteri Pertahanan Sutin Klungsang berkata semua rakyat Thailand yang dijadikan sebagai tebusan dilaporkan selamat.

Kira-kira 30,000 rakyat Thailand bekerja di sektor pertanian Israel. – Bernama

Continue Reading

Previous: Guru, pakar sakit puan antara kakitangan PBB terbunuh di Gaza
Next: India di kedudukan ke-111 daripada 125 negara dalam senarai Indeks Kebuluran Global    

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.