Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • PM rasmi bahagian Lebuhraya Pan Borneo di Selangau
  • UMUM
  • WILAYAH

PM rasmi bahagian Lebuhraya Pan Borneo di Selangau

Utusan Sarawak 3 years ago

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan Seksyen Selangau sepanjang 27 kilometer iaitu sebahagian projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB).

SELANGAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan Seksyen Selangau sepanjang 27 kilometer iaitu sebahagian projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB).

Ia juga menandakan seksyen itu dibuka kepada orang ramai mulai hari ini.

Hadir bersama Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof .

Kos keseluruhan bagi pembinaan seksyen Selangau ini adalah RM588 juta melibatkan pembinaan jalan sepanjang 27 km dan satu persimpangan bertingkat.

Seksyen Selangau ini mula dibina pada 1 November 2016 dan akan dibuka untuk kegunaan pengguna jalan raya pada hari ini.

Projek di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan ini mampu membantu menyuraikan trafik dari Sibu ke Bintulu untuk bergerak dengan lebih selesa dan selamat.

Selain itu, ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan sekitarnya contohnya Sibu, Selangau, Mukah dan Balingian dengan akses jalan raya yang lebih baik.

Pelaksanaan projek ini juga merupakan bukti komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian jalan raya sedia ada secara lebih terancang , sistematik dan efisien .

la juga dilakukan bagi meningkatkan kesalinghubungan Keluarga Malaysia di Sarawak.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Saratok bakal berubah jadi Bandar Sejahtera
Next: Jalan Pasi-Tanjung Manis, Jambatan Batang Rajang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.