Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM rakam takziah, kenang Bung Moktar sebagai tokoh tegas dan berpendirian
  • NASIONAL

PM rakam takziah, kenang Bung Moktar sebagai tokoh tegas dan berpendirian

Utusan Sarawak 1 hour ago
FOTO Facebook Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Sebagai sahabat lama, Anwar berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu dikenang sebagai seorang tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan.

“Saya mendoakan keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya, insya-Allah. Al-Fatihah,” kata Anwar dalam catatan di Facebook.

Bung Moktar, 66, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi tadi, disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar.

Jenazah Allahyarham kini di rumahnya di Luyang, Sabah sebelum dibawa ke Masjid Negeri untuk disembahyangkan.  – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Fadillah, menteri Kabinet, menteri besar ucap takziah atas pemergian Bung Moktar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.