
TOKYO, 25 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri), yang dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Jepun, mengadakan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di sebuah hotel pagi ini. Kedua-dua pemimpin itu dijadualkan akan menyampaikan ucaptama Persidangan Nikkei bersama-sama beberapa ketua negara yang lain pada pagi esok. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA TOKYO, May 25 -- Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (left), who is on an official working visit to Japan, held a four-eye meeting with Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong at a hotel this morning. The two leaders are scheduled to deliver keynote address at the Nikkei Conference along with several other heads of state tomorrow morning. --fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHTS RESERVED
TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Tokyo pada Rabu, ketika kedua pemimpin berkenaan berada di ibu negara Jepun itu bagi menghadiri Persidangan Ke-27 Nikkei Future of Asia.
Kedua pemimpin berkenaan berbincang dalam suasana santai di hotel penginapan mereka dengan antara perkara disentuh adalah mengenai sesi pemukiman pemimpin Malaysia dan Singapura.
“Kita bincang mengenai pemukiman antara Malaysia dan Singapura. Singapura akan jadi tuan rumah pada tahun ini dan antara kita bincang adalah dari segi tarikh,” kata Ismail Sabri kepada media Malaysia selepas pertemuan kira-kira setengah jam tersebut.
Menurut perdana menteri, antara tarikh yang dicadangkan untuk pemukiman itu berlangsung adalah akhir September atau awal Oktober.
“(Pemukiman) untuk kita berbincang isu-isu yang mungkin tak selesai lagi, kita akan selesaikan,” katanya.
Ismail Sabri dan Lee dijadualkan menyampaikan ucaptama pada persidangan Nikkei itu bersama-sama beberapa ketua negara yang lain pada sesi pagi Khamis.
Mengenai persiapan beliau sempena persidangan itu, Ismail Sabri berkata ucapannya akan diperincikan bagi membolehkan beliau membawa suara Malaysia pada persidangan berprestij itu.
Persidangan Nikkei yang diadakan sejak 1995 adalah perhimpunan tahunan pemimpin politik dan ekonomi serta ketua industri dari rantau Asia Pasifik. – Bernama