Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM lulus permohonan cuti Rafizi, Nik Nazmi, keputusan diumumkan kemudian – PMO 
  • NASIONAL

PM lulus permohonan cuti Rafizi, Nik Nazmi, keputusan diumumkan kemudian – PMO 

Utusan Sarawak 2 days ago

Rafizi dan Nik Nazmi (kanan)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan malam ini memaklumkan setelah meneliti perkara itu, Anwar bersetuju meluluskan permohonan cuti mereka.

“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan.

Kedua-dua menteri sebelum ini tewas pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 minggu lepas.

Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi tewas pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Perletakan jawatan Nik Nazmi berkuat kuasa 4 Julai
Next: Dua Ahli Parlimen nafi tarik sokongan kepada Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.