Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PM Libya umum mahu berundur
  • GLOBAL

PM Libya umum mahu berundur

Utusan Sarawak 5 years ago
PERDANA Menteri Libya, Fayez Sarraj.

TRIPOLI: Perdana Menteri Libya, Fayez Sarraj, yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengumumkan hasratnya mahu melepaskan jawatannya bermula Oktober, lapor agensi berita Xinhua.

“Saya meminta Jawatankuasa Dialog membentuk pihak berkuasa eksekutif baharu untuk memastikan peralihan kuasa yang aman dan lancar,” kata Sarraj dalam ucapannya yang disiarkan stesen televisyen.

Sarraj menyambut baik rundingan yang ditaja PBB baru-baru ini, antara pihak berkepentingan utama di Libya, berharap lebih banyak kesepakatan terhasil. 

Kerajaan yang dipimpin Sarraj dibentuk pada 2015 berdasarkan perjanjian politik ditaja PBB, bertujuan menamatkan perpecahan politik di negara itu. 

Namun, di sebalik perjanjian itu, Libya tetap menyaksikan perpecahan politik di tengah-tengah ketidakstabilan dan kekacauan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Yoshihide Suga Perdana Menteri baharu Jepunkan
Next: Afrika Selatan longgarkan sekatan perjalanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.