Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Jepun tiba di Malaysia hadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47
  • SEMASA

PM Jepun tiba di Malaysia hadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERDANA Menteri baharu Jepun, Sanae Takaichi, tiba di Malaysia hari ini menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto Bernama

SEPANG: Perdana Menteri Jepun yang baharu dilantik Sanae Takaichi tiba di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula esok hingga 28 Oktober.

Kehadiran beliau menandakan lawatan pertama pemimpin itu ke Kuala Lumpur selepas dilantik sebagai perdana menteri wanita pertama Jepun pada Selasa lepas.

Pesawat khas yang membawa Takaichi dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 7.29 malam dan disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Takaichi kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Terdahulu, Duta Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata dilaporkan berkata lawatan Takaichi akan menjadi peluang penting untuk menonjolkan sokongan berterusan negara itu terhadap kepusatan ASEAN dan kepimpinan Malaysia sebagai pengerusi blok serantau itu tahun ini.

Semasa lawatan itu, Takaichi dijadual mengadakan pertemuan dengan para pemimpin Malaysia bagi meneroka kerjasama dalam keselamatan maritim, daya tahan ekonomi, peralihan hijau dan hal ehwal kemanusiaan di bawah rangka kerja ASEAN.

Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN 2025 akan menjadi tuan rumah kepada lebih 30 pemimpin dunia termasuk dari rantau ASEAN, Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Brazil, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan bagi memperkukuh jalinan serta kerjasama, di samping membincangkan isu serantau dan global yang menjadi kepentingan bersama.

Pemimpin daripada badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut dijadual menghadiri mesyuarat serantau berkenaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak bakal bina kompleks khas ‘Bangunan Sarawak’ di Kuala Lumpur – Premier Sarawak
Next: Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 kukuhkan jalinan anak Bumi Kenyalang di perantauan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.