Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM hulur sumbangan keluarga kanak-kanak lemas
  • SEMASA

PM hulur sumbangan keluarga kanak-kanak lemas

Utusan Sarawak 16 hours ago
SUMBANGAN disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang mewakili Perdana Menteri, kepada ibu Allahyarham iaitu Masitah Latipah Adam, 42, ketika menziarahi keluarga berkenaan di Kampung Sungai Ular, Kuantan hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain, kanak-kanak perempuan yang ditemukan lemas sewaktu mengikut ibunya mencari kepah di Sungai Balok, Kuantan, Pahang. 

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang mewakili Perdana Menteri, kepada ibu Allahyarham iaitu Masitah Latipah Adam, 42, ketika menziarahi keluarga berkenaan di Kampung Sungai Ular, Kuantan. 

“Sungguh pilu mengenangkan tragedi yang meragut nyawa seorang anak kecil yang masih dalam lingkungan usia riang dan ceria. Saya menyampaikan salam takziah dan rasa simpati yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa Allahyarham.

“Bagi pihak Perdana Menteri, kami turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda prihatin dan ihsan atas kehilangan yang amat menyentuh perasaan ini. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam melalui ujian yang amat berat ini,” katanya dalam hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Anwar hari ini.

Nur Afia Ramadhannie, 7, yang hilang ketika berkelah bersama keluarga berhampiran jeti di muara Sungai Balok, ditemukan lemas pada Ahad lepas. 

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Timbalan Premier Sarawak terima kunjungan hormat daripada SME Corp Malaysia  
Next: Gunakan situasi politik semasa untuk perkukuh PKR di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.