Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM harap pengertian rakyat, penyelarasan kelayakan BUDI95 hanya sementara
  • SEMASA

PM harap pengertian rakyat, penyelarasan kelayakan BUDI95 hanya sementara

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perutusan khas hari ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berharap rakyat memahami langkah penyelarasan sementara kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, bermula 1 April ini.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat secara teliti dan berhemah dengan mengambil kira tekanan ekonomi global yang dihadapi negara susulan konflik berterusan di Asia Barat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan langkah penyelarasan itu bersifat sementara sehingga pasaran, bekalan minyak serta ekonomi dunia kembali stabil, namun mengakui setakat ini belum ada tanda-tanda ke arah pemulihan tersebut.

“Saya mohon sangat-sangat kerjasama rakyat supaya memahami… dan saya percaya ada yang akan membuat pelbagai tohmahan dan tafsiran yang tidak boleh kita elak. Tapi percayalah, saya tidak mahu rakyat merasa tertekan dan langkah-langkah kita itu sangat teliti dan berhemah.

“Jadi saya mohon rakyat, rakan-rakan memahami langkah ini terpaksa diambil menjaga kepentingan ramai. Ia tidak mudah, mungkin sedikit menyusahkan sebahagian rakyat. Saya mohon pengertian dan kerjasama supaya dapat kita teruskan kerja untuk mengelak daripada ketirisan ini,” katanya dalam perutusan khas.

Walaupun penyelarasan sementara kelayakan BUDI95 dilaksanakan, untuk meringankan beban rakyat, harga BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.

Perdana Menteri juga menggesa semua agensi serta jentera kerajaan supaya lebih tegas dan berwaspada dalam melaksanakan penguatkuasaan bagi mengekang sebarang bentuk penyelewengan.

“Kita tidak boleh beri subsidi, kemudian melihat ada penyeludupan yang mencecah ratusan juta ringgit setiap bulan. Oleh itu, amaran keras harus diberikan sekarang dan setiap langkah penyeludupan akan berhadapan dengan seluruh kekuatan jentera kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang cakna serta mengambil tanggungjawab dalam melapor di stesen minyak, agensi penguatkuasaan terhadap penipuan atau melalui media sosial tentang penyalahgunaan itu, sama ada oleh orang asing atau orang tempatan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Anwar zahir penghargaan kepada Presiden Iran beri laluan kapal tangki minyak negara
Next: Pelarasan kuota RON95 langkah sementara kendali tekanan subsidi akibat lonjakan harga minyak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.