Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM beri bayangan lebih banyak penjimatan dalam Belanjawan 2027
  • NASIONAL

PM beri bayangan lebih banyak penjimatan dalam Belanjawan 2027

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Belanjawan 2027 akan dirangka dengan lebih banyak langkah penjimatan susulan tekanan ekonomi global yang menjejaskan kedudukan fiskal negara.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketidaktentuan geopolitik dunia termasuk rantaian ketegangan susulan serangan Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel ke atas Iran memberi kesan kepada ekonomi global sekali gus menuntut perbelanjaan kerajaan yang lebih berhemah.

“Dampak daripada serangan itu menyebabkan ekonomi kita juga terjejas… jadi, jangan kita ambil sikap sambil lewa atau remehkan bila saya buat keputusan baharu.

“Memang kita minta kementerian-kementerian termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi rayulah… bagaimanapun, mesti ada pengurangan dalam jabatan kerana mustahil dalam RM20 bilion itu tidak boleh dijimatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 di sini hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus memberi penekanan terhadap mutu pendidikan dan penyediaan kemudahan asas di sekolah serta universiti tanpa gangguan meskipun berlaku pengurangan peruntukan.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan kementerian supaya tidak bekerja secara silo dan memahami cabaran ekonomi secara makro.

Beliau berkata peranan semua sektor dan kementerian adalah penting namun keutamaan perlu ditentukan dengan bijak selain menyalurkan peruntukan mengikut keperluan.

“Dalam keadaan sekarang, semua harus waras dan bijak tahu masalah, perbaiki… ambil kesempatan dalam lompongan kelemahan-kelemahan ini, perbaiki… kurangkan kos yang mana perlu dan pada masa yang sama, menetapkan keutamaan,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Lebih 50,000 masyarakat India bakal terima manfaat Program MITRA 2026 – Ramanan
Next: Sistem MyIMMs pulih sepenuhnya, tiada unsur serangan siber – KDN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.