Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar ulangi jaminan harga RON95 turun kepada RM1.99 seliter akhir bulan ini
  • NASIONAL

PM Anwar ulangi jaminan harga RON95 turun kepada RM1.99 seliter akhir bulan ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERDANA Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berucap pada Majlis Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Keadilan peringkat Negeri Johor, di sini, hari ini. Foto Bernama

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir bulan ini, sekali gus menunaikan janji Kerajaan MADANI untuk meringankan beban rakyat.

Beliau berkata langkah itu selari dengan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat menikmati harga bahan api yang lebih rendah, berbanding harga sebenar di pasaran.

“Ada yang marah kerana September sudah tiba tetapi harga minyak belum turun. Saya kata sebelum akhir September. 10 Sept akhir bulan ke? 15 September akhir bulan ke? Tunggu sekejap. Turun atau tidak? turun.

“Cuba beritahu saya, negara mana lagi yang bagi rakyat harga serendah ini? Kita janji, kita tunaikan,” kata beliau ketika menyampaikan amanat pada Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Peringkat Negeri Johor di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata harga RON95 kini berada pada paras RM2.05 seliter berbanding harga sebenar tanpa subsidi yang mencecah RM2.50 hingga RM2.60 seliter.

Sementara itu, Perdana Menteri menjelaskan lawatan-lawatan rasmi beliau ke luar negara dilakukan atas jemputan pemimpin luar, bukannya untuk bersuka ria.

Anwar berkata perkara itu selaras dengan kedudukan dan status Malaysia yang dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.

“Orang selalu kata saya banyak keluar negara. Ingat senang ke, saya pergi bercuti? Ini kerja. Ingat jalan-jalan tak ada apa, ini Perdana Menteri banyak jalan sebab orang (pemimpin) jemput,” katanya.

Sebagai contoh, Anwar berkata beliau menerima jemputan rasmi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam pada 15 September ini bagi membincangkan situasi kritikal di Palestin, khususnya di Gaza.

Beliau berkata sebagai negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia perlu berani bersuara serta memainkan peranan aktif dalam arena antarabangsa.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Miss Universe Malaysia 2025 milik Chloe Lim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.