Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar ucap takziah kepada Premier Sarawak atas pemergian isteri
  • SEMASA

PM Anwar ucap takziah kepada Premier Sarawak atas pemergian isteri

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucap takziah kepada Premier Sarawak atas pemergian isteri dalam hantaran facebook beliau. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemergian isteri beliau, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, awal pagi ini.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata beliau dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berduka menerima khabar pemergian Allahyarham.

“Seluruh ingatan kami pada keluarga Allahyarhamah, terutama buat Abang Jo (Abang Johari) yang baharu saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini. Al-Fatihah,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi Allah SWT.

Juma’ani, 76, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching pada 3.34 pagi.

Allahyarham merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Negeri pada 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini, sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Kuching.

– Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isteri Premier Sarawak Puan Sri Juma’ani meninggal dunia
Next: Konflik Iran-Israel: 24 individu termasuk 17 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.