Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PM Anwar ucap tahniah, ASEAN-All Stars tewaskan Manchester United
  • SUKAN

PM Anwar ucap tahniah, ASEAN-All Stars tewaskan Manchester United

Utusan Sarawak 2 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan kemenangan bersama pemain ASEAN All-Stars yang menjulang Piala Cabaran Maybank Malaysia 2025 selepas menewaskan pasukan Manchester United FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Pasukan ASEAN All-Stars mencatat kemenangan 1-0 ke atas Manchester United FC. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan ASEAN All-Stars yang menewaskan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United dalam perlawanan persahabatan, malam tadi.

“Aduh! Gagal lagi Man United menang piala. Pening kepala juga hangpa (kamu semua) musim depan. Harap tak turun Championship.

“Tahniah ASEAN All-Stars, hangpa (kamu semua) memang padu!!,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada aksi persahabatan pascamusim yang dikenali sebagai Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, ASEAN All-Stars menewaskan Manchester United 1-0 menerusi jaringan  Maung Maung Lwin dari Myanmar pada minit ke-72. 

Pasukan ASEAN All-Stars yang dibarisi pemain dari negara anggota Konfederasi Bola Sepak Asia (AFF) termasuk Australia, dikendalikan jurulatih dari Korea Selatan Kim Sang-sik manakala penyerang naturalisasi Harimau Malaya bertindak selaku ketua pasukan.

Perlawanan yang menarik lebih 72,500 penyokong dari dalam dan luar negara itu turut dihadiri Anwar yang meluangkan masa daripada jadual padatnya untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: ASEAN All Stars malukan Man United
Next: Piala Cabaran Maybank: ‘Seperti rakan sepasukan 20 tahun’ – Sang Sik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.