Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PM Anwar tinjau Bazar Ramadan Sukma Ria, sempat beramah mesra dengan peniaga
  • TEMPATAN

PM Anwar tinjau Bazar Ramadan Sukma Ria, sempat beramah mesra dengan peniaga

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika meninjau salah sebuah gerai makanan di Bazar Ramadan Sukma Ria.

PETRA JAYA: Suasana di Bazar Ramadan Sukma Ria, di sini, bertukar meriah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau sendiri bazar tersebut sekitar 5.30 petang tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof sebelum ketiga-tiga pemimpin itu menyusuri deretan gerai yang dipenuhi pelbagai juadah berbuka puasa.

Tinjauan Perdana Menteri itu menarik perhatian pengunjung dan peniaga apabila ramai mengambil peluang merakam gambar serta bersalaman dengan beliau yang kelihatan santai beramah mesra sambil melihat pelbagai hidangan yang dijual.

Sepanjang lawatan ringkas itu, PM Anwar turut berhenti di beberapa gerai untuk melihat lebih dekat juadah tradisional dan makanan popular yang menjadi pilihan pengunjung bazar Ramadan.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani sarung telefon milik seorang peniaga yang meminta kenangan ketika lawatan ke Bazar Ramadan Sukma Ria di Petra Jaya, hari ini.

Beliau juga dilihat berbual mesra dengan peniaga, bertanyakan mengenai jenis makanan yang dijual serta keadaan perniagaan sepanjang Ramadan.

Dalam suasana yang penuh mesra itu, Perdana Menteri turut membeli beberapa juadah termasuk kuih-muih tradisional sambil melayani permintaan orang ramai yang mahu bergambar dengannya.

Lawatan berkenaan berlangsung kira-kira setengah jam sebelum beliau beredar bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Sarawak yang diadakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Terdahulu, Perdana Menteri berada di Kuching bagi menghadiri beberapa program rasmi termasuk Mesyuarat Pembangunan Negeri bersama kepimpinan kerajaan Sarawak.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Inisiatif SKAS bantu rakyat hadapi kos sara hidup
Next: Polis siasat kes kanak-kanak ditampar akibat dakwaan pancitkan tayar van di Kampung Asajaya Ulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.