Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar tiba di Kuching, hadiri Majlis Makan Malam Gawai 2025
  • SEMASA

PM Anwar tiba di Kuching, hadiri Majlis Makan Malam Gawai 2025

Utusan Sarawak 14 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Kuching petang ini bagi menghadiri Majlis Makan Malam Hari Gawai peringkat Sarawak 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto UKAS

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Kuching petang ini bagi menghadiri Majlis Makan Malam Hari Gawai peringkat Sarawak 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Ketibaan beliau sekitar 4.28 petang dengan menaiki pesawat khas disambut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang Kuching petang ini. Foto UKAS

Turut hadir menyambut ketibaan beliau ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Majlis Makan Malam Gawai 2025 malam ini merupakan acara kemuncak sambutan Gawai peringkat Negeri Sarawak, yang turut dijangka dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak sendiri.

Kehadiran beliau ke majlis tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam menghargai kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia serta memperkukuh hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak dalam semangat keluarga Malaysia.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TPM Fadillah tiba di Samarkand untuk hadiri Forum Perkhidmatan Awam PBB
Next: Pendaftaran OKU perkukuh akses kepada hak dan sokongan sosial – Fatimah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.