Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar tiba di Jakarta untuk perjumpaan dengan Presiden Prabowo
  • SEMASA

PM Anwar tiba di Jakarta untuk perjumpaan dengan Presiden Prabowo

Utusan Sarawak 1 day ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, di sini pada 12.57 tengah hari waktu tempatan. Anwar tiba dengan pesawat khas dan disambut Presiden Indonesia, Prabowo Subianto. Foto Bernama

JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi ke Indonesia.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri serta delegasinya mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur pada sekitar 1 tengah hari waktu tempatan, dan ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto.

Dalam perjalanan menuju ke Istana Merdeka, Perdana Menteri yang menaiki kenderaan rasmi bersama Probowo, disambut gah dengan diiringi gabungan 75 anggota pasukan berkuda dari Tentera Nasional Indonesia dan Kepolisian Negara Republik Indonesia.

Anwar yang turut disambut dengan lambaian dan kibaran bendera kedua-dua negara daripada pelajar-pelajar yang menunggu konvoi membawa kedua-dua pemimpin negara itu sepanjang laluan menuju ke Istana Merdeka, juga dilihat melambaikan tangan kepada mereka.

Sebaik tiba di Istana Merdeka, Perdana Menteri yang disambut Prabowo di bawa ke pentas utama, untuk upacara sambutan rasmi.

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Indonesia Raya juga turut berkumandang, diiringi 19 das tembakan meriam oleh Pasukan Keselamatan Presiden (Paspampres).

Probowo kemudian mengiringi Anwar untuk upacara pemeriksaan barisan kehormatan oleh Paspampres.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya saling memperkenalkan menteri Kabinet masing-masing, diikuti sesi bergambar dan menandatangani buku pelawat.

Menteri-menteri Kabinet yang menganggotai delegasi dari Malaysia terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Program diteruskan dengan pertemuan empat mata antara Anwar dan Prabowo, sebelum disusuli dengan mesyuarat dua hala lanjutan yang melibatkan menteri dari kedua-dua negara.

Lawatan itu diadakan ketika Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN untuk 2025, dengan Kuala Lumpur terus menerajui agenda utama serantau sepanjang tahun.

Dalam perjumpaan dengan Prabowo, Anwar dijangka membincangkan isu-isu dua hala utama, susulan penglibatan ASEAN baru-baru ini, di samping meneroka agenda bagi mengukuhkan kestabilan serantau ketika Malaysia dan Indonesia meningkatkan lagi kerjasama strategik mereka.

Mesyuarat itu juga memberi tumpuan kepada perdagangan, pelaburan, pendidikan, komunikasi, komoditi, dan hal ehwal serantau, selaras dengan portfolio menteri yang diwakili dalam delegasi Malaysia.

Lawatan itu juga merupakan sebahagian daripada persiapan untuk Perundingan Tahunan Malaysia–Indonesia ke-13, yang dijadualkan berlangsung akhir tahun ini – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: BESarawak perkenal Sarawak destinasi pilihan korporat Indonesia
Next: Sarawak bukan pentas ahli politik Semenanjung, buktikan keikhlasan melalui tindakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.