Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar terima kunjungan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat
  • SEMASA

PM Anwar terima kunjungan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat

Utusan Sarawak 17 hours ago
FACEBOOK Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan pertemuan itu antara lain membincangkan langkah memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan AS termasuk usaha strategik bagi menarik pelaburan asing yang berkualiti dan berimpak tinggi.

“Antara yang disentuh ialah soal pengukuhan hubungan Malaysia dan AS selain usaha-usaha menarik pelaburan asing yang berkualiti serta berimpak tinggi dari negara berkenaan,” kata beliau.

Perdana Menteri turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhammad Shahrul Ikram atas pelantikan berkenaan, sambil menyatakan keyakinan bahawa beliau mampu mengangkat aspirasi, imej dan reputasi Malaysia ke peringkat tertinggi.

Pada 3 Jun lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Duta Besar Malaysia ke AS kepada Muhammad Shahrul Ikram.

Muhammad Shahrul Ikram yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke AS menggantikan Datuk Seri Nazri Aziz yang tamat tempoh perkhidmatan pada 8 Feb lepas.

Muhammad Shahrul Ikram anak kelahiran Pahang, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekologi daripada Universiti Malaya, serta pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, AS.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar pada 1988 dan menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Luar dari 6 Jan 2019 hingga 31 Mei 2022.

Sepanjang perkhidmatan selama kira-kira 35 tahun dalam perkhidmatan awam, Muhammad Shahrul Ikram pernah ditauliahkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Qatar, Duta Besar Malaysia ke Austria dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, AS.

Semasa berkhidmat di Kementerian Luar, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala, Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia (semasa Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2015) dan Setiausaha Bahagian Politik Pelbagai Hala.

Penugasan diplomatik beliau yang lain sebelum ini termasuk perwakilan Malaysia di Vienna (Austria), Washington D.C. (AS) dan Beijing (China).– Bernama

Continue Reading

Previous: 14 prosedur kardiak kecemasan dilaksanakan di unit hospital haji Arab Saudi
Next: Srikandi Lensa: Teguh di sebalik stereotaip, berani demi kebenaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.