Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar, Sultan Hassanal Bolkiah saksi pertukaran MoU kesihatan
  • NASIONAL

PM Anwar, Sultan Hassanal Bolkiah saksi pertukaran MoU kesihatan

Utusan Sarawak 4 hours ago

SULTAN Brunei Sultan Hassanal Bolkiah (kiri) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkennan menyaksikan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) diantara Menteri Kesihatan Brunei Dauk Seri Dr. Mohammad Isham Jaafar (kiri) dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua,kanan) sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia–Brunei (ALC) ke-26 di Kompleks Seri Perdana hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang kesihatan antara Malaysia dan Brunei.

Majlis berkenaan diadakan di Kompleks Seri Perdana di sini, sempena Lawatan Negara Sultan Hassanal Bolkiah selama tiga hari bermula Isnin atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan rakan sejawatnya dari Brunei, Datuk Seri Dr Mohammad Isham Jaafar, masing-masing menandatangani dokumen MoU berkenaan bagi pihak negara.

Sultan Hassanal Bolkiah, yang diiringi Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, menteri Kabinet serta pegawai kanan kerajaan Brunei, tiba di Malaysia semalam pada 3.03 petang dengan pesawat khas yang mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Ketibaan baginda disambut Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Sultan Hassanal Bolkiah diberi sambutan negara di Istana Negara semalam, diikuti dengan Kunjungan Menghadap Yang di-Pertuan Agong serta majlis santapan negara yang dianjurkan oleh Sultan Ibrahim.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan lawatan itu akan disusuli dengan Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei (ALC) ke-26.

ALC merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara kedua-dua negara, berperanan sebagai wadah untuk menilai kemajuan kerjasama, membincangkan isu semasa serta bertukar pandangan mengenai hal serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Lawatan negara serta rundingan tahunan ini mencerminkan hubungan istimewa yang lama terjalin antara Malaysia dan Brunei, sekali gus menegaskan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama strategik demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Pada 2024, Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM7.53 bilion (ASD1.77 bilion). 

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, jumlah dagangan Malaysia-Brunei mencecah ASD690 juta (RM3.02 bilion), dengan eksport berjumlah ASD500 juta (RM2.18 bilion) dan import ASD190 juta (RM840 juta).– Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa bumi Segamat: Tiada kerosakan, kemalangan jiwa dilapor setakat ini
Next: Pan Borneo eratkan hubungan ekonomi Malaysia-Brunei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.