PM Anwar rafak sembah ucapan tahniah ulang tahun Sultan Brunei

Facebook
WhatsApp
89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 110 122 105 97 114 97 104 32 98 97 103 105 110 100 97 32 84 117 97 110 107 117 32 83 117 108 116 97 110 32 72 97 115 115 97 110 97 108 32 66 111 108 107 105 97 104 44 32 83 117 108 116 97 110 32 66 114 117 110 101 105 44 32 100 105 32 75 117 97 108 97 32 76 117 109 112 117 114 46 32 51 32 74 117 110 32 50 48 50 53 46 32 65 70 73 81 32 72 65 7
UCAPAN TAHNIAH… Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini. Foto facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah ucapan tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-80.

Menerusi hantaran Facebook, Perdana Menteri mewakili kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar (karar) memerintah negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

“Semoga hubungan dan kerjasama (antara) Malaysia dengan negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, insya-Allah,” kata beliau.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.

Baginda ialah pemerintah monarki yang paling lama bertakhta di dunia selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada Sept 2022. – Bernama