Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar mohon kerjasama Sarawak tangani penyeludupan diesel
  • SEMASA

PM Anwar mohon kerjasama Sarawak tangani penyeludupan diesel

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEKITAR Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching hari ini. Foto Jabatan Penerangan

KUCHING: Kerajaan Persekutuan meminta kerjasama kerajaan Sarawak dalam usaha mengawal aktiviti penyeludupan diesel di sempadan negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah memohon kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memberikan kerjasama kepada agensi penguatkuasaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Hal ini kerana kita tahu harga diesel di Sabah dan Sarawak rendah dan sebab itu penyeludupan kemungkinan akan berlaku,” kata beliau berucap pada majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak petang ini.

Sementara itu, Anwar berkata Kerajaan MADANI mengambil keputusan mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 walaupun harga minyak kini mencecah lebih AS$100 setong akibat lonjakan harga berikutan konflik di Asia Barat.

“Sebab itu kita harus berdoa agar konflik di Asia Barat segera selesai supaya kita tidak lagi terbeban. Buat masa ini keputusan kita tidak akan mengubah dasar subsidi RON95 dan kita juga akan ambil dasar penjimatan kewangan kita,” kata beliau.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anwar main peranan penting redakan konflik Asia Barat – Premier Sarawak
Next: PM Anwar kembali ke ibu negara, selesai lawatan kerja di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.