Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar minta KKM percepat pengisian lebih 4,000 jawatan doktor di fasiliti kesihatan – Fahmi
  • NASIONAL

PM Anwar minta KKM percepat pengisian lebih 4,000 jawatan doktor di fasiliti kesihatan – Fahmi

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Kesihatan (KKM) mempermudah proses birokrasi bagi mempercepat pengisian 4,352 perjawatan di fasiliti kesihatan, termasuk lantikan doktor kontrak, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata isu perjawatan itu dibangkitkan Anwar dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.

“Perdana Menteri meminta supaya proses birokrasi yang dilihat mungkin menyebabkan kelewatan ini dipercepat, memandangkan pada asalnya KKM menjangkakan kebanyakan atau kesemua jawatan tersebut hanya akan dapat diisi menjelang November.

“Tapi Perdana Menteri berpandangan ini terlalu lewat. Jadi akan dipercepat proses tersebut,” katanya pada Sidang Media Mingguan, di sini hari ini.

Fahmi berkata pengisian perjawatan itu perlu dipercepat kerana ada keperluan mendesak untuk mengisi lebih 4,000 kekosongan di sektor kesihatan.

Beliau berkata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah memberikan komitmen bahawa proses pengisian perjawatan itu akan diringkaskan tanpa menjejaskan dari segi prosedur dan akan disegerakan.

Rabu lepas, Anwar pada Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia berkata kerajaan akan menyegerakan pengisian 4,352 perjawatan di fasiliti kesihatan, termasuk lantikan doktor kontrak pada tahun ini kerana ada keperluan mendesak terhadap sektor penjagaan kesihatan dalam negara.– Bernama

Continue Reading

Previous: Wang palsu, barangan jenayah bernilai lebih RM700,000 dilupus
Next: Tengku Zafrul, Chong Wei antara penerima darjah kebesaran Pulau Pinang tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.