Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar mahu kerjasama ASEAN-GCC henti kekejaman di Gaza
  • SEMASA

PM Anwar mahu kerjasama ASEAN-GCC henti kekejaman di Gaza

Utusan Sarawak 16 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Masjid Putra hari ini untuk menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira hampir 15,000 jemaah. -Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu satu kerjasama lebih kukuh antara negara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), bagi menghentikan kekejaman Israel di Gaza.

Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha kolektif serantau dan antarabangsa itu penting, bagi menghentikan konflik yang berpanjangan tersebut sekali gus menamatkan penderitaan rakyat Palestin.

“Kita telah sampaikan pandangan kita (menerusi kenyataan Wisma Putra), tapi ini bukan upaya satu negara. Seperti yang kita lakukan dengan negara-negara teluk baru-baru ini, ada kesepakatan.

“Jadi ASEAN, negara teluk dan kita dapatkan beberapa negara lain, supaya memberikan penjelasan dan tekanan yang keras kepada dunia supaya menghentikan (kekejaman Israel),” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto ke atas draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), yang menggesa gencatan senjata segera di Gaza dan penamatan sekatan bantuan kemanusiaan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia sokong rundingan sempadan Thailand-Kemboja 14 Jun, sedia beri kerjasama – PM Anwar
Next: Hasrat Pakistan jadi rakan dialog ASEAN akan dibincang – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.