Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar luang masa beramah mesra bersama komuniti Islam di Perancis
  • SEMASA

PM Anwar luang masa beramah mesra bersama komuniti Islam di Perancis

Utusan Sarawak 1 day ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan hadirin pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora malam ini sempena lawatan dua hari beliau ke Perancis. Foto Bernama

PARIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama komuniti Islam di Perancis yang diketuai Rektor Masjid Besar Paris, Chems-eddine Mohamed Hafiz.

Sesi itu diadakan sempena lawatan rasminya selama dua hari ke negara berkenaan, bermula semalam.

Anwar berkata, pertemuan itu membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan institusi Islam di Perancis, khususnya dalam bidang pendidikan, industri halal, dialog antara agama serta pengembangan nilai sejagat seperti keamanan, toleransi dan keadilan.

“Sebagai tanda ukhuwah, saya menyampaikan sumbangan senaskhah al-Quran cetakan khas dan 10 naskhah lagi dalam terjemahan bahasa Perancis.

“Usai pertemuan, saya bersama delegasi Malaysia turut menunaikan solat Jumaat bersama komuniti Islam di sini,” katanya dalam kenyataan.

 -Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Forum Antarabangsa kukuhkan aspirasi Kuching, Bandaraya Keamanan Antarabangsa
Next: BCF pulihara warisan budaya, rancakkan ekonomi kreatif, pelancongan tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.