Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar kunjungi Kuching dalam lawatan rasmi esok
  • SEMASA

PM Anwar kunjungi Kuching dalam lawatan rasmi esok

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Kuching esok bagi menghadiri beberapa program, termasuk Mesyuarat Pembangunan Negeri, sesi tinjauan di Bazar Ramadan serta Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Sarawak.

Menurut laporan Berita RTM Sarawak, Beliau dijangka tiba di Terminal Orang Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 1.40 petang dan akan disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Selepas ketibaan, Perdana Menteri dijadual menghadiri Mesyuarat Pembangunan Negeri bersama Premier Sarawak di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Satria Pertiwi pada 2.10 petang.

Pada sebelah petang, beliau turut dijadual mengadakan sesi tinjauan di Bazar Ramadan Sukma Ria di Petra Jaya pada pukul 5.25 petang bagi meninjau suasana bazar serta beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung.

Seterusnya, Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak yang diadakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak bermula 6.00 petang.

Lawatan rasmi tersebut dijangka berakhir dengan keberangkatan pulang Perdana Menteri dari Terminal Orang Kenamaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 8.10 malam.

Ketika berlepas, beliau akan diiringi oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kos projek Dataran Ibu Pertiwi termasuk struktur sekitar, bukan hanya tiang bendera 
Next: Penggunaan ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ dalam kalangan belia Malaysia bawah 30 tahun membimbangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.