Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar jumpa pelabur berpotensi pada hari ketiga lawatan kerja ke China
  • SEMASA

PM Anwar jumpa pelabur berpotensi pada hari ketiga lawatan kerja ke China

Utusan Sarawak 6 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menghadiri Sesi Dialog bersama para pelabur China anjuran Khazanah Nasional Bhd pada hari ketiga lawatan kerjanya di Shanghai, China, hari ini. Antara pelabur terlibat termasuk Chengwei Capital dan NRL Capital. FotoBERNAMA

SHANGHAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan hari ketiga lawatan kerja di sini dengan Sesi Dialog bersama para pelabur China anjuran Khazanah Nasional Bhd.

Antara pelabur terlibat termasuk Chengwei Capital dan NRL Capital. 

Terdahulu, Duta Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad berkata, objektif lawatan kerja empat hari ke China itu, bermula 4 November lepas, bertujuan bertemu pelabur berpotensi bagi meningkatkan ekonomi negara.

“Fokus kali ini (ialah) ekonomi. Jadual padat menanti Perdana Menteri antaranya sesi bertemu syarikat yang berpotensi membuat pelaburan di Malaysia,” katanya dalam sidang media kelmarin sempena lawatan Perdana Menteri ke China. 

Anwar dijangka bertemu beberapa syarikat dan mengadakan sesi meja bulat dengan 23 kapten industri di sini sebelum berlepas ke Beijing, petang ini.

Beliau diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Lawatan kerja Perdana Menteri ke China adalah atas jemputan rakan sejawatnya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ketujuh (CIIE ke-7) di Shanghai.

CIIE merupakan inisiatif China untuk menyediakan platform kepada negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi mempromosi dan mengeksport barangan serta perkhidmatan ke negara itu.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di peringkat global selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009.

Pada 2023, jumlah perdagangan dengan China bernilai RM450.84 bilion (US$98.80 bilion), menyumbang 17.1 peratus daripada perdagangan global Malaysia.

Setakat September lepas, jumlah dagangan yang direkodkan ialah RM355.15 bilion (US$76.72 bilion).

Pada separuh pertama 2024, sebanyak 15 projek pembuatan telah dilaksanakan dengan pelaburan berjumlah RM1.2 bilion (AS$252.5 juta).

Lawatan ini merupakan lawatan ketiga Anwar ke China susulan lawatan sulung beliau ke negara itu pada Mac 2023 diikuti pada September tahun yang sama.

Bagaimanapun ini merupakan lawatan pertama Perdana Menteri ke Shanghai.

Lawatan kerja tersebut akan berakhir di Beijing, esok. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu kos sara hidup, konflik manusia dan harimau antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Next: Kerajaan Sarawak bangunkan tanaman kopi untuk pelbagaikan hasil pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.