Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar hilang sabar, kelemahan penguatkuasaan, tabir urus perlu ditangani serius
  • NASIONAL

PM Anwar hilang sabar, kelemahan penguatkuasaan, tabir urus perlu ditangani serius

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasaan berkaitan Jenayah Kewangan di Kementerian Kewangan, hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa kerajaan tidak lagi boleh bertolak-ansur dengan kelemahan penguatkuasaan dan tadbir urus yang tidak ditangani dengan serius.

Beliau menegaskan Malaysia perlu diselamatkan daripada pelbagai kegiatan yang merosakkan integriti pasukan penguatkuasaan dan menjejaskan ekonomi negara.

“Saya sudah sampai ke tahap hilang kesabaran dan merasakan masih ada kelemahan dan ruang yang wajib diperbaiki. Kita nak selamatkan negara ini. Negara ini punya potensi yang sangat baik. Rakyat umumnya mengharap dan dahaga satu pembaharuan dan pembelaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Ketua-ketua Jabatan, Agensi Penguatkuasaan Yang Berhubungan Dengan Jenayah Kewangan anjuran Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), di sini hari ini.

Anwar berkata Malaysia memiliki kekuatan ekonomi serta sumber manusia yang baik namun kegagalan mengatasi pencerobohan, penyeludupan dan pelbagai kegiatan ‘gelap’ menghalang negara mencapai potensi sebenar.

“Genap tiga tahun saya mengemudi, saya merasakan ada ruang, kelompongan yang mesti diperbaiki. Kelemahan tidak boleh dibiarkan, baik dari segi pencerobohan, penyeludupan atau bertolak-ansur dengan kegiatan gelap yang masih berlaku, dan ada kalanya dengan ruang dan keizinan badan penguat kuasa,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak mahu lagi dibuai laporan-laporan kejayaan semata-mata, sebaliknya mahu tindakan tegas terhadap masalah integriti dan aspek penguatkuasaan.

“Jangan kita ambil sikap sambil lewa, mudah memaafkan dan merasakan perkara ini boleh berlaku terus-menerus. Jadi saya menyeru rakan-rakan untuk segera bertindak mulai detik ini…masa untuk bertindak,” katanya.

Anwar turut menzahirkan rasa kesal dengan kelemahan penguatkuasaan yang masih berlaku meskipun ramai pegawai telah menunjukkan khidmat cemerlang dan berjasa kepada negara.

“Mengapa saya kesal? Kerana saya tahu kalau kita nak senaraikan jumlah kebaikan dan kehebatan, banyak saudara-saudara yang cukup berjasa dalam khidmat ini (yang) tidak boleh dimungkiri dan dinafikan.

“Tetapi kenyataan juga memaksa kita merenung, memikir secara serius, apakah kita mahu menjalankan kegiatan seperti biasa, sambil lewa? Penyeludupan okay? Rasuah boleh? Kegiatan gelap boleh diterima?…kita tidak boleh lagi teruskan,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Seminggu untuk pimpinan penguat kuasa putuskan kekal atau tukar jawatan – PM Anwar
Next: Kerajaan lancar papan pemuka pantau perkembangan terkini MA63

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.