Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar harap hubungan diplomatik Malaysia, Mesir terus kukuh
  • NASIONAL

PM Anwar harap hubungan diplomatik Malaysia, Mesir terus kukuh

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terima kunjungan Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr yang berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. -Foto Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan diplomatik dan persaudaraan antara Malaysia dan Mesir akan terus berkembang, khususnya dalam menghadapi isu-isu global yang semakin kompleks, menerusi pelbagai medium yang dinamik dan penuh hikmah.

Anwar, yang menerima kunjungan Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr, hari ini berkata dalam pertemuan tersebut, beliau dimaklumkan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sahabat semakin erat di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI.

“Kerjasama ini terserlah dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan serta pendidikan, antaranya melalui penubuhan Institut Bahasa Arab hasil kerjasama pintar antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Al-Azhar di Kaherah.

“Selain itu, terdapat juga kerjasama kemanusiaan menerusi bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza, serta sektor pelancongan yang menunjukkan perkembangan positif di kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Hantaran itu turut berkongsi beberapa keping gambar pertemuan Anwar bersama delegasi Mesir yang berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya.

Ragai Tawfik, yang telah berkhidmat sebagai Duta Besar Mesir ke Malaysia selama hampir empat tahun, akan tamat perkhidmatannya esok. -Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH
Next: Harga nasi lemak, roti canai, sate naik mendadak sejak 13 tahun lalu – DOSM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.