Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar gesa penjawat awam tingkatkan prestasi selaras pelaksanaan SSPA
  • SEMASA

PM Anwar gesa penjawat awam tingkatkan prestasi selaras pelaksanaan SSPA

Utusan Sarawak 5 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Disember 2024 di Puspanitapuri, hari ini. Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa penjawat awam untuk meningkatkan prestasi selaras dengan kenaikan gaji yang bermula bulan ini, susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata prestasi cemerlang diperlukan memandangkan rakyat mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik daripada sektor awam.

“Pelaksanaan SSPA bermula bulan ini, seperti yang dijanjikan. Tahniah kepada mereka yang menerima kenaikan gaji. Namun, seperti yang saya tekankan, kita setuju dengan ini (SSPA) kerana kita mengiktiraf dan menganggap ia wajar diberikan.

“Tetapi, saya hanya berharap agar saudara-saudara (penjawat awam) memastikan prestasi jauh lebih baik kerana rakyat menuntut perkhidmatan yang lebih berkualiti,” katanya dalam perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar turut menyeru penjawat awam agar memberikan sokongan penuh kepada KSN yang telah mengambil beberapa langkah untuk merealisasikan reformasi perkhidmatan awam.

“Saya harap sokongan penuh diberikan kerana rakyat ingin melihat (reformasi) dilaksanakan di peringkat akar umbi, daerah dan kementerian,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan yakin bahawa peningkatan prestasi itu boleh dicapai kerana keupayaan manusia boleh ditingkatkan melebihi apa yang telah dilaksanakan selama ini.

SSPA yang menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) memberi pelarasan gaji yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi penjawat awam, selain membuka peluang peningkatan kerjaya yang lebih baik dalam perkhidmatan awam.

Dengan pelarasan gaji dan pergerakan tahunan, pendapatan penjawat awam dijangka meningkat dalam julat 16.8 peratus hingga 42.7 peratus. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KDN gerak anggota PDRM, aset untuk operasi bantuan banjir
Next: 19 agensi kerajaan, 15 persatuan berganding bahu jayakan Pesta Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.