Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar dijangka umum pelan kesinambungan bekalan minyak negara pertengahan Mei
  • SEMASA

PM Anwar dijangka umum pelan kesinambungan bekalan minyak negara pertengahan Mei

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan pelan berkaitan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan Mei ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pelan itu dijangka memfokuskan kepada usaha memastikan bekalan minyak domestik kekal mencukupi bagi menyokong kelangsungan aktiviti ekonomi negara selepas kerajaan sebelum ini memberi jaminan bekalan semasa mampu bertahan sehingga Jun.

Menurutnya, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini pada peringkat akhir memuktamadkan sumber bekalan baharu bagi memastikan kesinambungan bekalan minyak negara dalam tempoh seterusnya.

“Perdana Menteri sebelum ini telah menyatakan bahawa beberapa sumber baharu sedang dimuktamadkan dan beliau dijangka mengemukakan jadual seterusnya berkaitan bekalan minyak negara,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel forum “Energy Crisis 2026: Are We Ready to Rethink Refuel?”, sempena Sidang Kemuncak Ekonomi Universiti Malaya (UMES) di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah berkata simpanan minyak negara ketika ini masih berada pada tahap operasi, namun Malaysia masih mampu bertahan meskipun berlaku gangguan bekalan hasil langkah intervensi dan pengurusan yang dilaksanakan.

Selain usaha domestik, katanya kerajaan turut melihat kerjasama serantau sebagai antara pendekatan penting untuk memperkukuh daya tahan bekalan tenaga.

“Di peringkat ASEAN saya difahamkan ada perbincangan dalam konteks hala tuju untuk simpanan di peringkat serantau tetapi sudah pasti dari segi kerangka, mekanisme dan sebagainya itu kita perlu perincian yang lanjut kerana ia melibatkan soal diplomasi dan hubungan antara negara-negara anggota,” katanya.

Mengenai penggunaan biodiesel B15, beliau berkata kerajaan optimis pelaksanaan peningkatan campuran biodiesel dapat dimulakan pada 1 Jun ini bagi membantu memanjangkan jangka hayat bekalan diesel negara.

Tambahnya, struktur pelaksanaan melibatkan keseluruhan rantaian bekalan biodiesel termasuk pengedaran ke stesen minyak dan mendapat komitmen baik daripada kementerian serta agensi-agensi berkaitan.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ahli Kelab Kanshinkan Kendo Kuching juara Baginda Cup ke-8
Next: Pelajar mangsa renjatan elektrik di Daro dipindah ke wad biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.