Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar dijangka sampaikan amanat penting kepada penjawat awam petang esok
  • NASIONAL

PM Anwar dijangka sampaikan amanat penting kepada penjawat awam petang esok

Utusan Sarawak 13 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ai Malaysia 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur baru-baru ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat penting kepada penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) esok.

Ketua Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Dr Saharah Sapiyi berkata Perdana Menteri dijangka menyampaikan amanat itu ketika berucap pada acara kemuncak MAPPA XX pada 3.30 petang.

“MAPPA XX kali ini merupakan platform atau wadah untuk Perdana Menteri berjumpa dan menyampaikan amanat kepada penjawat awam.

“Perdana Menteri akan berkongsi aspirasi yang ingin dicapai negara, apa peranan dimainkan penjawat awam dan biasanya dalam majlis ini Perdana Menteri akan mengumumkan perkara utama yang melibatkan perkhidmatan awam.

“Pada MAPPA XX yang lepas Perdana Menteri telah mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan pada tahun ini saya dimaklumkan akan ada pengumuman melibatkan perkhidmatan awam serta ada pelancaran Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam yang akan dijadikan panduan semua ketua jabatan dan agensi dalam membangunkan bakat dalam organisasi masing-masing,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV secara panggilan video pada hari ini.

Saharah berkata MAPPA XX Ke-20 yang bertemakan ‘Perkhidmatan Awam MADANI Teras Kecemerlangan’ itu bukan sekadar platform warga perkhidmatan mendengar aspirasi kepimpinan negara malah sebagai ruang menilai dan menghayati nilai-nilai Malaysia MADANI.

“Kita juga menekankan komitmen terhadap agenda reformasi perkhidmatan awam yang diterajui oleh Ketua Setiausaha Negara, nilai-nilai teras khidmat yang dibawa oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam juga dirangkumkan dalam MAPPA XX bagi tujuan mencapai kecemerlangan perkhidmatan awam,” katanya.

Menurut Shaharah sebelum acara kemuncak MAPPA XX esok, para penjawat awam juga dijemput menghadiri Tazkirah Jumaat bermula 12.45 tengah hari, disusuli solat Jumaat di Dewan Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang boleh memuatkan seramai 1,000 orang jemaah.

Saharah berkata turut diadakan sempena MAPPA XX ialah forum Cakna Inspirasi MAPPA XX yang membincangkan topik media sosial dan kemerdekaan pada 2.30 petang.

Sebanyak 43 reruai melibatkan kementerian, agensi dan jabatan kerajaan turut dibuka bermula 9 pagi hingga 5 petang termasuk kaunter pengurangan kompaun dan saman oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta tawaran peluang kemasukan ke institut pengajian tinggi.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pesawat AirAsia dilencongkan ke Gimpo susulan cuaca buruk, bukan salah mendarat
Next: Petronas kekal milik Persekutuan, libat penyertaan negeri melalui kerjasama strategik – Azalina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.