Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar dan isteri doa kesembuhan segera buat Tun Mahathir
  • NASIONAL

PM Anwar dan isteri doa kesembuhan segera buat Tun Mahathir

Utusan Sarawak 2 days ago
PM Anwar, Dr Wan Azizah doa kesembuhan segera buat Tun Mahathir.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan keafiatan serta kesembuhan segera buat Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN di sini pada 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya. 

Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff mengesahkan perkara itu menerusi makluman di saluran kumpulan media rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp hari ini.

Beliau berkata pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN oleh ambulans dan dilaporkan dalam keadaan sedar.- Bernama

Continue Reading

Previous: KKM sasar haram vape tahun ini – Dzulkefly
Next: Amaran rebut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah, Sarawak hingga 8.00 malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.