Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PM Anwar arah Menteri Kesihatan teliti isu penggunaan Akta 723 terhadap GP
  • SEMASA

PM Anwar arah Menteri Kesihatan teliti isu penggunaan Akta 723 terhadap GP

Utusan Sarawak 2 days ago
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk segera meneliti isu yang dibangkitkan oleh pengamal perubatan swasta (GP) berhubung pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, dan Anwar telah mendapatkan penjelasan daripada Dzulkefly.

“Apa yang dibangkitkan melibatkan penggunaan Akta 723 yang berada di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Terdapat dalam kalangan doktor (GP) yang bertanya mengapa akta tersebut digunakan dan bukannya Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). Jadi, Perdana Menteri telah meminta supaya perkara ini segera dijelaskan,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Semalam, lebih 300 GP mengadakan perhimpunan aman kira-kira dua jam berhampiran Bangunan Perdana Putra di sini bagi membantah penggunaan Akta 723 terhadap profesion perubatan. 

Mereka menuntut supaya akta itu disemak semula dan bidang perubatan dikawal sepenuhnya di bawah Akta 586 yang disifatkan lebih sesuai untuk menyelia amalan serta perkhidmatan kesihatan swasta.

Fahmi berkata Jadual Ketujuh dalam Akta 586 yang menetapkan caj perundingan dan tatacara klinik swasta akan dikaji semula dan Dzulkefly memaklumkan kertas Jemaah Menteri berhubung perkara itu sudah disiapkan.

“Dalam satu atau dua minggu lagi, ia dijangka dibawa semula ke kabinet untuk keputusan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Jadual Ketujuh itu belum pernah dipinda sejak digazetkan pada 2006.

– Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Syarikat penerbangan ubah laluan susulan penutupan ruang udara Pakistan
Next: Malaysia nasihat rakyat tangguh perjalanan tidak penting ke Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.