PM Anwar adakan lawatan kerja ke Tawau hari ini

Facebook
WhatsApp
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pengumuman Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC), semalam. Foto BERNAMA

TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja di sini pagi ini, dengan tiga program utama dijadualkan berlangsung.

Program beliau bermula pada 9.30 pagi dengan Majlis Peluncuran Blok Baharu Hospital Tawau.

Selepas itu, Anwar dijadual meluangkan masa untuk sesi walkabout dan beramah mesra bersama penduduk setempat di Pasar Semarak pada 11.15 pagi.

Program terakhir Perdana Menteri di Tawau hari ini ialah Majlis Perasmian Program Jelajah Malaysia di Taman Semarak, yang dijangka bermula sekitar 11.35 pagi.

-BERNAMA

Serian, Lundu catat IPU tidak sihat

KUCHING: Kualiti udara di kebanyakan kawasan Sarawak masih berada pada tahap sederhana setakat 4.00 petang ini, dengan IPD Serian (MCAQM) meningkat

Gakpo tarik diri daripada skuad Belanda

LONDON, United Kingdom: Cody Gakpo menarik diri daripada skuad Belanda akibat kecederaan buku lali, sekali gus menambah masalah kecederaan yang