Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Platform panduan digital dalam tujuh bahasa perkaya pengalaman jemaah di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
  • SEMASA

Platform panduan digital dalam tujuh bahasa perkaya pengalaman jemaah di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan.

MAKKAH: Platform digital ‘Panduan Jemaah’ dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi memperkasakan pengalaman jemaah serta memperkayakan perjalanan kerohanian mereka.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa untuk memajukan perkhidmatan digital untuk pelawat-pelawat dua Masjid Suci itu.  

Platform itu merupakan perkhidmatan interaktif bersepadu yang menyediakan akses pantas kepada kandungan panduan dan kesedaran melalui kod respons pantas. 

Ia tersedia dalam tujuh bahasa antarabangsa iaitu bahasa Arab, Inggeris, Indonesia, Melayu, Perancis, Turki, dan Urdu, bagi memenuhi kepelbagaian budaya serta linguistik pelawat di kedua-dua Masjid Suci itu. 

Perkhidmatan berkenaan memuatkan kandungan al-Quran, doa, panduan ibadat, fadhilat amalan, khutbah Jumaat, serta waktu solat, semuanya dalam ekosistem digital yang direka untuk memudahkan akses yang selamat kepada kandungan agama yang sahih.

Pihak berkuasa  terus komited membangunkan pelbagai inisiatif digital pintar bagi menyokong misi kedua-dua Masjid Suci dengan meningkatkan pengalaman jemaah melalui penyelesaian teknologi yang inovatif, serta menyampaikan kandungan agama yang boleh dipercayai dalam pelbagai bahasa sepanjang masa.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SABERKAS Cawangan Lingga agih 1,000 pek bubur lambuk sempena Ramadan
Next: Kabinet akan bincang isu tarif AS – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.