Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PKS disaran didaftar semula demi kebajikan kaum Kedayan
  • TEMPATAN

PKS disaran didaftar semula demi kebajikan kaum Kedayan

Utusan Sarawak 1 day ago
ANUGERAH KEDAYAN…Awang Tengah bersama tetamu lain bergambar bersama Anugerah Keluarga Contoh Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang 2025. 

LIMBANG: Pemimpin-pemimpin Kedayan di negeri ini disaran untuk menghidupkan semula Persatuan Kedayan Sarawak (PKS) yang pernah diwujudkan sebelum ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, PKS pernah diwujudkan oleh pengurusan terdahulu namun dibatalkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menurut beliau, penubuhan semula PKS amat penting sebagai platform memperjuangkan kebajikan masyarakat Kedayan serta menjalin kerjasama dengan pertubuhan lain demi pembangunan komuniti tersebut.

“PKS adalah satu entiti penting yang pernah ditubuhkan dahulu, namun telah dibatalkan pendaftarannya. Saya telah berbincang dengan beberapa pemimpin kaum Kedayan untuk memohon semula agar ia dapat didaftarkan kembali dan dihidupkan semula secara sah,” katanya.

PONDOK TRADISI…Awang Tengah bersama kaum Kedayan Kampung Nauran ketika melawat junjung (pondok) Kedayan, Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang 2025.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, menjelaskan bahawa PKS tidak boleh bergerak secara bersendirian, sebaliknya perlu menjalin rangkaian dengan persatuan lain untuk terus berkembang.

“Melalui PKS, pelbagai bantuan dapat disalurkan dengan lebih tersusun. Ia juga berperanan sebagai wakil rasmi dalam menjaga kebajikan dan halatuju kaum Kedayan di negeri ini,” tambah beliau.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, serta Pengerusi Persatuan Kedayan Limbang (PKL), Kaunselor Sufian Mohat bersama para tetamu kenamaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Sungai Rajang pemacu perdagangan dan budaya Sarikei
Next: Generasi muda Kedayan digesa guna teknologi pertahan warisan budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.