Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PKR Batang Lupar sokong Nurul Izzah, dianggap calon tepat Timbalan Presiden
  • SEMASA

PKR Batang Lupar sokong Nurul Izzah, dianggap calon tepat Timbalan Presiden

Utusan Sarawak 2 days ago
ABANG Zulkifli menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah demi masa depan PKR yang lebih kukuh.

LIMBANG: Ketua Cabang PKR Batang Lupar, Abang Zulkifli Abang Engkeh menyatakan sokongan penuh terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut beliau, pencalonan Nurul Izzah bakal menyaksikan persaingan sengit untuk jawatan tersebut, namun dianggap langkah tepat oleh pimpinan PKR Batang Lupar.

“Saya percaya Keadilan akan menjadi lebih kukuh, bukan semata-mata kerana Nurul Izzah ialah anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi atas merit dan kelayakan beliau sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Tambahnya, walaupun tidak dapat dielakkan wujudnya perbezaan dalam kalangan ahli, beliau yakin perkara tersebut masih dalam kawalan kerana majoriti ahli parti cukup matang untuk membezakan antara perjuangan parti dan kepentingan peribadi.

“Kemenangan parti adalah hasil kerjasama dan sumbangan semua ahli, bukan semata-mata hasil usaha individu, seperti yang didakwa oleh segelintir pihak,” tegasnya.

Abang Zulkifli turut menyatakan keyakinannya bahawa kehadiran Nurul Izzah di barisan kepimpinan tertinggi parti mampu memperkukuh PKR dan mengelakkan perpecahan dalaman.

Terdahulu, media melaporkan bahawa lebih 20 Ketua Cabang PKR di Sarawak telah sebulat suara menyatakan sokongan terhadap pencalonan Nurul Izzah sebagai calon Timbalan Presiden PKR.

Antara yang turut menyatakan sokongan ialah Ketua Cabang Santubong Ahmad Nazib, Ibil Jaya (Saratok), Norisham Mohamed Ali (Bintulu), Daniel Jani (Mas Gading), David Chow (Stampin), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar), Mohd Arwin Lim (Mukah), Chee Pin Khoo (Puncak Borneo), Eddie Banyan (Sri Aman), Jamaludin Ibrahim (Igan), NurJafni Abdullah (Petra Jaya), James Jalai (Selangau), Michael Lee (Lanang), Louis Jampi (Sibuti), Patrick Kamis (Betong), Senior William Rade (Serian), Mohammad Fadzli (Sibu), Dominique Ng (Bandar Kuching), Mohd Zahid Matserudin (Lawas), dan Racha Balang (Limbang).

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ACP Dasuki ganti SAC Wong sebagai Ketua JPJKK Sarawak
Next: Ombak Festival kembali meriahkan Desaru Coast 12 Septermber ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.