KUCHING: Ramai orang awam tidak mengambil serius dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) terutamanya di kawasan yang sesak dengan seperti di pusat beli-belah.
Akibatnya bagi yang prihatin, ramai yang melahirkan kebimbangan akan berlaku gelombang kedua pandemik Covid-19.
Sektor perniagaan pada masa sekarang pula memberi diskaun setelah beberapa bulan tidak dapat berniaga akibat pelaksanaan PKP dan orang ramai pula mengambil kesempatan untuk mengunjungi pasar raya untuk mendapat diskaun itu.
Tempat-tempat seperti pawagam, kedai gunting rambut, gym dan sekolah sudah mula beroperasi.
Kebelakangan ini pula, terdapat kes kematian dan kes-kes positif di Kuching dan apa yang membimbangkan adalah kes-kes baharu ini tidak melibatkan mereka yang keluar negara atau kes tempatan.
Adakah apa yang dilakukan untuk mengawal wabak ini cukup? Ramai yang berpendapat ia tidak.
Di Kuching, adalah biasa untuk melihat orang ramai memakai pelitup mulut tetapi ada juga segelintir yang tidak memakainya dengan betul.
Di Sibu, ramai yang didapati tidak memakainya. Panggilan dibuat kepada sekurang-kurangnya lapan orang dan kesemua mereka adalah ahli professional. Semua mereka bersetuju bahawa mereka memang memakai pelitup mult tetapi lupa memakainya balik selepas sesi makan dan minum.
Seorang ahli politik di Sibu bila ditanya berkata, ”Apa pelitup mulut? Sibu adalah bersih”. Tetpai apabila beliau diberitahu bahawa Sibu juga mencatat kes pisitif dan beliau menjawab kes itu adalah kes import.
Penjarakan sosial dilakukan di pasar raya dan kedai makan dan minum dan pemeriksaan adalah tegas. Kedai-kedai itu cuma membenarkan sejumlah pelanggan untuk masuk ke dalam premis mereka.
Sebuah butik terkenal berkata ramai pelanggan memang bekerjasama dan perniagaannya pula terjejas kerana pelanggan tidak dibenarkan untuk mencuba pakaian. Kedai makan dan minum pula mempunyai masalah kerana ramai pelanggan yang ingin duduk rapat.
Sebuah kedai makanan segera berkata ada pelanggan yang memberitahu mereka adalah sekeluarga dan memang tidak ada masalah untuk duduk rapat di antara mereka.
Seorang ahli geologi, Nathan Achuk berpendapat pihak berkuasa telah mencuba sedaya upaya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.
“Ini bergantung kepada orang ramai untuk bekerjasama dan memahami betapa seriusnya wabak ini. Namun demikian, di sesetengah tempat, memang agak sukar untuk membuat penjarakan sosial. Macam mana untuk berbuat demikian apabila anda memilih bawang di tempat yang kecil? Saya berharap pihak berkuasa akan terus memberi kesedaran kepada orang ramai. Ini adalah satu cara terbaik untuk supaya orang ramai dapat mempraktikkan norma baharu,” kata Nathan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian pula sentiasa menasihati orang ramai supaya mengamal penjarakan sosial dan mematuhi prosedur operasi standard.
Beliau berkata adalah baik untuk orang ramai memakai pelitup mulut kerana banyak kes positif melibatkan mereka yang tidak memiliki sebarang simptom.
Pemakaian pelitup mulut, kata beliau, akan dapat mengurang peluang untuk seseorang itu dijangkiti sambil menambah Kerjasama daripada orang ramai akan dapat mengawal wabak Covid-19 daripada merebak.
Oleh Connie Chieng