Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PKPD mungkin dikuat kuasa di Sarawak
  • SEMASA

PKPD mungkin dikuat kuasa di Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 23 Julai -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong. Sebanyak 9 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 8,840 kes manakala yang telah pulih sebanyak 8 kes dan satu kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 123 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mungkin akan dikuatkuasakan di Sarawak sekiranya kes positif Covid-19 menunjukkan trend peningkatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 19 kluster yang masih aktif, lapan daripadanya terdapat di Sarawak, namun buat masa ini Kementerian Kesihatan (KKM) masih mampu mengawal penularan wabak itu.

“Tindakan kita, kita telah hantar pasukan KKM di lapangan dan akan memantap dan meningkatkan contact tracing (pengesanan kontak) untuk mengesan kes-kes yang positif.

“Setakat ini, kita masih mengawal dengan baik tetapi kalau perlu kita akan menjalankan PKPD di kawasan berkenaan, iaitu di lokaliti atau kumpulan sasar yang telah dikenal pasti,” katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19, di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus menjalankan pengesanan kontak terhadap individu yang terdedah kepada kes-kes positif dan seterusnya melakukan ujian swab dan jika didapati positif akan dimasukkan ke hospital manakala, jika negatif, akan dikuarantin.

Lapan kluster di Sarawak yang masih aktif adalah Sentosa, Stutong, Kejuruteraan Kuching, Mambong, Jupiter, Pusat Perubatan Kuching, Jeti Kuching dan PUI Melbourne. – Bernama

Continue Reading

Previous: UEC: Kenapa salahkan SUPP?
Next: Pakan akan jadi bandar baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.