Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PKPB DITERUSKAN
  • TEMPATAN

PKPB DITERUSKAN

Utusan Sarawak 4 years ago
BERDASARKAN pengalaman Sarawak, pelaksanaan PKPB dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas dan penguatkuasaan yang ketat adalah lebih berkesan dalam mengurangkan dan menghentikan penularan pandemik Covid-19.

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan terus dilaksanakan dari 13 April sehingga 26 April 2021 di seluruh Sarawak seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media semalam, Daerah Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Meradong kekal di bawah PKPB.

“Pada masa yang sama, JPBN Sarawak juga akan meneruskan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan yang berisiko tinggi.

“Berdasarkan pengalaman Sarawak, pelaksanaan PKPB dengan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan penguatkuasaan yang ketat adalah lebih berkesan dalam mengurangkan dan menghentikan penularan pandemik ini.

“Salah satu kebimbangan utama JPBN dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kemampuan dan keberkesanan penguatkuasaan di kawasan yang lebih luas.

“Selain itu, JPBNS juga menurunkan kuasa kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian (JPBB) untuk melakukan penilaian risiko jangkitan di bahagian masing-masing dan mengesyorkan SOP yang paling sesuai untuk membendung penularan dan jangkitan di bahagian tersebut dan JPBN meluluskan SOP yang telah dikeluarkan oleh JPBB Bintulu dan Sibu,” kata Uggah.

Dalam pada itu, Uggah menjelaskan PKPD lebih mudah untuk diurus dan dikuatkuasakan terutama sekali di kawasan terkurung atau tertumpu.

“Pada masa yang sama, apabila kawasan kampung dan rumah panjang terjejas, tempat-tempat ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dengan kadar segera.

“Ini telah dan akan membantu pihak keselamatan atau penguatkuasa dalam melaksanakan kawalan pergerakan dengan lebih mudah dan berkesan.

“Oleh itu, JPBN telah mengisytiharkan dua PKPD di Flat Sibujaya dan Rumah Sentosa di Sibu dan PKPD di 152 Rumah Panjang dan setakat ini, 144 PKPD telah ditamatkan dan 10 masih dalam PKPD.

“Dengan pendekatan ini, PKPD telah berjaya menurunkan kes-kes positif dan membendung jangkitan di kawasan tersebut tanpa membebankan kegiatan ekonomi di kawasan-kawasan lain,” jelasnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: 1,700 KIR terima bantuan Kasih Ramadan
Next: Abang Johari terima dua kunjungan hormat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.