KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok sehingga 17 Mei depan.
Katanya, keputusan itu dibuat setelah melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak yang masih tinggi.
“JPBN telah meluluskan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Kuching, Miri, Betong, Bintulu, Sarikei dan Kapit.
“Selain itu, JPBN telah mengambil keputusan untuk melanjutkan PKPB di Sarawak mulai 27 April hingga 17 Mei 2021.
Katanya, maklumat lengkap berhubung dengan SOP ini akan dipaparkan di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Oleh JEAKQLEYN YACHO