Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PKPB DILANJUTKAN HINGGA 1 MAC
  • TEMPATAN

PKPB DILANJUTKAN HINGGA 1 MAC

Utusan Sarawak 4 years ago
PKPD… Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan persediaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di semua laluan keluar masuk kawasan rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibujaya, baru-baru ini.
Kedua-dua kawasan terbabit mempunyai sekitar 6,000 orang.

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sarawak yang dijadual tamat semalam akan dilanjutkan sehingga 1 Mac, demikian menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak. 

JPBN dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan PKPB itu juga berkuat kuasa di Bahagian Sibu yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga semalam (14 Februari).

Keputusan itu diambil susulan keadaan semasa penularan jangkitan Covid-19 yang masih belum terkawal sepenuhnya di Sarawak, menurutnya.

JPBN yang bermesyuarat pada Sabtu juga memutuskan bahawa pergerakan antara zon di dalam negeri ini adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak polis.

“(Selain itu) aktiviti ekonomi seperti pasar harian, pasar borong, pasar tani, pasar malam dan bazar larut malam di zon merah adalah tidak dibenarkan beroperasi,” menurut JPBN. – Bernama

Continue Reading

Previous: 20 persatuan, sekolah terima bantuan MYSS
Next: Bersama jaga perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.