Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PKP: Peniaga ikan terkesan
  • TEMPATAN

PKP: Peniaga ikan terkesan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Sukar mendapatkan bekalan ikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan rata-rata peniaga menjual ikan sejuk beku.

Hasil tinjauan pemberita di Medan Niaga Satok Kubah Ria mendapati peniaga di sini kebanyakannya menjual ikan sejuk beku kepada pembeli berbanding ikan segar sebelum ini.

Mohd Fauzie Sinen, 32, memberitahu kesukarannya mendapatkan ikan daripada pembekal menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menjual ikan sejuk beku kerana pembekal tidak dapat turun ke laut ketika PKP.

“Harga ikan dijual seperti biasa, cuma kebanyakannya pada ketika ini dibeli dari kilang sejuk beku oleh kerana kesukaran mendapatkan ikan segar,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ditanya adakah dia mempunyai cara lain untuk menjual ikan ketika PKP, Fauzie menjelaskan dia dan adiknya cuba menjual ikan dan makanan laut lain menerusi platform media sosial.

“Ini sahaja cara kami mendapatkan pelanggan iaitu menggunakan facebook, dengan membuat penghantaran ke rumah,” ujarnya sambil menambah dia turut terkesan dengan jumlah keuntungan yang sedikit ketika PKP.

Jelasnya lagi, jumlah pembeli ke Medan Niaga Satok Kubah Ria pada ketika ini amat kurang berbanding dahulu.

“Waktu ini juga, operasi perniagaan kami dipendekkan dari jam enam pagi hingga dua petang berbanding sebelum ini, 5.30 pagi hingga 6.30 petang.

Antara harga ikan dan makanan laut yang dijual ketika PKP ialah udang kolam (RM30 sekilo), sotong (RM18 sekilo), ikan bawal emas dan hitam (RM24 sekilo), ikan siakap (RM20 sekilo), ikan kembung (RM12 sekilo), ikan tongkol (RM10 sekilo), kerang (RM14 sekilo) dan ikan terubuk bertelur (RM36 sekilo).

Continue Reading

Previous: PBSM Limbang sumbang 4,000 unit penutup mulut, hidung
Next: Tindakan keras terhadap pesalah langgar PKP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.