Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PKP fasa kedua tempoh kritikal
  • NASIONAL

PKP fasa kedua tempoh kritikal

Utusan Sarawak 5 years ago

PETALING JAYA, 1 April -- Seorang anggota Polis dan dua anggota Tentera kelihatan tetap tersenyum di sebalik topeng muka walaupun dalam keadaan panas ketika tinjauan sekatan jalan raya di PJS 2 hari ini.?Dalam kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mengumumkan Pakej Prihatin Elaun RM200 sebulan kepada anggota tentera, Polis, Kastam, Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. ?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua bermula semalam menjadi    tempoh kritikal    buat rakyat Malaysia dalam menentukan usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19, berjaya ataupun sebaliknya.

Keberkesanannya, sudah pasti antara lain bergantung    kepada tahap disiplin tinggi rakyat untuk mematuhi PKP dalam usaha membendung gelombang pandemik itu yang kini menyaksikan rakyat terus ‘dirayu’    untuk duduk di rumah, kerap membasuh tangan serta mengamalkan jarakan sosial yang ditetapkan.

Walaupun tahap pematuhan rakyat terhadap PKP melebihi 90 peratus, angka itu mungkin tidak menggambarkan situasi sebenar secara keseluruhannya apabila masih terdapat individu ditahan kerana ingkar arahan tersebut dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

Dalam tempoh dua minggu pelaksanaan PKP fasa pertama sejak 18 Mac, trend    jumlah kes positif baharu harian didapati meningkat dan kadang kala mendatar, sementara    jumlah kes harian yang didiscaj dari wad meningkat saban hari.

Namun, melihat kepada bilangan kes positif yang masih tinggi ini    menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) pada fasa kedua pelaksanaan PKP itu sehingga 14 April ini, terutamanya terhadap sekatan ke atas    kawalan masa dan pergerakan.

Ia menyaksikan semua premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian    termasuk pasar raya serta stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyatakan perkara itu berkata    gerai dan restoran serta perkhidmatan penghantaran makanan juga perlu beroperasi pada waktu yang sama dalam tempoh fasa kedua itu.

Berkuat kuasa semalam, kerajaan menetapkan harga siling baharu bagi penutup hidung dan mulut pada RM1.50 seunit.   

Keseriusan kerajaan membendung penularan wabak itu juga dapat dilihat apabila semua rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di tempat khas yang ditetapkan oleh kerajaan berkuat kuasa 3 April ini.   

Apa yang pasti, tempoh 14 hari akan datang    mungkin juga menjadi bayangan kepada persoalan sama ada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dapat disambut seperti biasa ataupun sebaliknya.

Memetik kata-kata Ismail Sabri: “Yang boleh memastikan tidak ada    PKP (fasa) ketiga, PKP (fasa) keempat dan    kita boleh berhari raya seperti biasa    adalah tuan-tuan dan puan-puan sendiri. “Jika kita terus mematuhi setiap arahan dan SOP  yang dikeluarkan kerajaan, saya    percaya perkara tentang ketakutan kita untuk sambungan PKP tersebut akan dapat    kita    diselesaikan.” – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kira-kira 510 gelandangan diberi tempat berlindung
Next: Bukit Aman pastikan arahan PKP dipertingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.